|
INFO: Untuk maklumat lanjut tentang skim-skim lain sila hubungi kami di email:
info@smart2u.com




|
|

 |

|
| Takaful Keluarga Terdiri Daripada Berbagai Skim Untuk Keperluan Anda Seperti Individu, Suami Isteri Dan Pendidikan Anak. |
|
Skim Simpanan Dan Perlindungan Untuk Suami Isteri Atau Anak.
Menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.
TN Sakinah 1 – Perlindungan dengan Simpanan
TN Sakinah 2 – Perlindungan
Manfaat
TN Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.
TN Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.
Manfaat Pilihan
TN Sakinah 1
1) Manfaat Kematian Dan Keilatan Akibat Kemalangan
2) Manfaat Indemniti Kemalangan
3) Manfaat Hospital
4) Penyakit Kritikal
5) Rider Bertempoh
TN Sakinah 2
1) Manfaat Kematian Dan Keilatan Akibat Kemalangan
2) Manfaat Indemniti Kemalangan
3) Manfaat Hospital
4) Penyakit Kritikal
Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 600.00.
Pilihan Sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
Kelayakan Penyertaan
Peserta Pertama: Minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
Peserta Kedua: Minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun.
|
| Penyakit Wanita |
Afiah menawarkan pilihan kepada wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada empat penyakit kritikal khusus dan juga bantuan perlindungan kepada mereka yang tersayang (anak-anak).
Manfaat Utama
Manfaat utamanya memberi perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal khusus yang menyerang wanita:
- Lupus Eritematosus Sistematik (SLE)
Penyakit inflamatori dermatitis dengan ruam merah bersisik pada hidung dan pipi, dan kerosakan yang progresif pada ginjal, dan dirawat dengan kortokosferoid
- Artritis Reumatoid
Penyakit sendi kronik dan bercirikan perubahan keradangan di membrane sinovia, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di peringkat akhir penyakit.
- Barah Payudara
- Barah Pangkal Rahim
Manfaat Pilihan
Manfaat pilihan perlindungan tambahan pula adalah seperti Manfaat Pendapatan Keluarga, Pemeriksaan kesihatan Wanita dan Elaun Hospital untuk peserta dan anak-anak.
Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 360.00. Pilihan sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
Kelayakan Penyertaan
Kelayakan penyertaan adalah untuk wanita berusia 18 sehingga 55 tahun pada ulangtahun akan datang atau kanak-kanak berusia 90 hari hingga 17 tahun pada ulang tahun akan datang. |
| Perlindungan Dan Simpanan Individu |
MESRA merupakan pelan yang menawarkan perlindungan dan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.
MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.
SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat. |
| Pelan Perlindungan Individu |
Ehsan memberi perlindungan yang tinggi dengan kadar sumbangan yang rendah. Tiada unsur simpanan atau nilai tunai kerana sumbangan didermakan ke dalam Akaun Khas Peserta untuk memaksimumkan perlindungan.
MANFAAT
Manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.
TEMPOH/SUMBANGAN/UMUR
Tempoh perlindungan dan sumbangan adalah sama iaitu dalam pilihan tempoh gandaan 5 tahun dari serendah 5 tahun hinggalah 30 tahun.
Sumbangan terendah ialah RM360 setahun. Umur peserta mestilah dari 18 tahun (genap) hingga 55 tahun (harijadi akan datang) |
| Pelan Pembayaran Balik Setiap 3 tahun |
Prima adalah satu pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa... pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya.
MANFAAT
Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.
Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.
Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.
Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.
Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyerahan.
Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan.
KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 Bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang) |
| Simpanan Dan Perlindungan Jangka Panjang |
Skim Warisan merupakan skim takaful yang memberikan faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.
MANFAAT
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itu lah dia kelebihan produk takaful nasional.
Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.
Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.
Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.
KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun |
| Takaful Pendidikan Anak |
Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan kesejahteraan anak anda?
Pelan TN Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.
Kecermelangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategic dan digabung dengan perlindungan menjadikan TN Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.
Manfaat Perlindungan
- Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
- Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
- Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.
Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.
Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.
- Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
- Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
- Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
- Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
- Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
- Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
- Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
- Tabungan Tambahan
Kelayakan Penyertaan
Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)
Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada). |
| Khairat Kematian Berkelompok |
| Pelan Takaful Keluarga Khairat Berkelompok disusun dengan tujuan untuk menyediakan manfaat takaful dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan orang yang dilindungi meninggal dunia. Pelan ini menyediakan perlindungan takaful kepada sekumpulan orang di bawah satu perjanjian (Sijil Takaful). Yang demikian urusan pentadbiran pelan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur
Ciri-Ciri Pelan
• Sumbangan berbentuk tahunan iaitu RM15 setiap unit keluarga
• Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini sahaja
• Penyertaan minimum seramai 20 orang
Skop perlindungan
• kematian akibat penyakit
• kematian akibat kemalangan
Amaun Manfaat
• Ahli & pasangan (18-65 tahun) :RM1,000
• Ahli & pasangan (66-75 tahun) :RM500
• Anak (maks. 4 kematian) :RM500/orang
Maklumat Peserta
• Nama ahli sahaja (ketua keluarga)
• Tarikh lahir
• No. Kad Pengenalan (Baru)
Mudharabah
Al-Mudharabah akan dibahagikan di antara Organisasi dan Takaful dengan nisbah 50:50 |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di
takaful@smart2u.com
|
|
|
Maklumat Lanjut
|
.: klik sponsor link dibawah :.


|
|
|
 |
|
|