INFO: Untuk maklumat lanjut tentang skim-skim lain sila hubungi kami di email:

info@smart2u.com

 

 
 

 

 
 

 

Diatas konsep kerjasama dan tolong menolong sesama insan anda boleh takafulkan semua harta yang bernilai bagi anda contohnya kenderaan, rumah dan asset-asset yang bernilai akibat risiko atau bencana.

Takaful Kenderaan
Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

Perkara dilindungi

Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

MANFAAT

Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan

Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:
  • Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakan
  • Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal
  • Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh
  • Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi
  • Kebakaran, letupan atau kilat
  • Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian
  • Perbuatan niat jahat
  • Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui:
    • Jalan raya, rel, jalan air pendalaman
    • Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar

Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga

Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:

  • Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga
  • Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta

JENIS SIJIL

  • Sijil Takaful Kereta Persendirian
  • Sijil Takaful Motorsikal
  • Sijil Takaful Kenderaan Komersial
Kemalangan Diri
Menyediakan perlindungan bagi kemalangan diri bagi mana-mana orang perseorangan yang berumur antara lapan belas (18) hingga enam puluh lima (65) tahun dan juga perlindungan berkelompok untuk organisasi, syarikat, sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Jenis-jenis Perlindungan Kemalangan Diri yang ditawarkan:
Perlindungan Kemalangan Diri Individu
  • Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok
    • Organisasi, syarikat, persatuan
    • Sekolah Rendah/Tadika
    • Sekolah Menengah
    • Universiti/Kolej
  • Perlindungan Kemalangan Diri Dalam Perjalanan (Travel PA)
  • Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu & Penumpang
  • Kenderaan Persendirian.
  • Pakej Umrah dan Ziarah

MANFAAT

Berikut adalah manfaat yang diberikan di bawah skim ini:

Kematian akibat kemalangan

Kematian serta merta atau kematian yang berlaku dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemalangan.

Hilang Upaya/Kecatatan

Hilang Upaya/Kecatatan Kekal merujuk kepada hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan yang menghalang orang dilindungi daripada melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas, bagi memperolehi upah atau keuntungan

Syarat bagi menentukan samada hilang upaya tersebut adalah kekal ia mestilah berterusan bagi tempoh tidak kurang daripada 6 (enam) bulan.

Kehilangan kedua tangan atau kedua kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki atau kedua mata adalah disifatkan sebagai hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Kehilangan bagi tangan dan kaki bererti putus pada atau di pergelangan tangan dan buku lali; bagi mata, hilang penglihatan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan semula.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh (Manfaat Mingguan)

Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara menyeluruh yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh bermaksud seseorang yang hilang upaya secara menyeluruh buat sementara waktu yang menghalangnya melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas bagi memperolehi upah atau keuntungan disebabkan kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Separa (Manfaat Mingguan)

Skim ini juga dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara separa yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Ini bermaksud hilang upaya yang dialami adalah hanya kepada sebahagian daripada anggota badan.

Perbelanjaan Perubatan

Syarikat akan membayar perbelanjaan rawatan perubatan ke atas mana-mana kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kemalangan.

Perbelanjaan ini tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh syarikat.

Rumah & Barangan
Memberi perlindungan kepada pemilik rumah kediaman dengan satu kadar yang lebih menarik dan murah.

PERKARA DILINDUNGI
Rumah-rumah kediaman yang boleh diberi perlindungan termasuklah rumah pangsa, pangsapuri dan pejabat di rumah, kandang kuda dan garaj kereta yang terdapat di premis yang sama.

MANFAAT
Sijil Takaful ini memberi perlindungan kepada Peserta akibat dari kerugian atau kerosakan yang berpunca akibat bencana berikut:-
  • Kebakaran, kilat/petir atau kebakaran bawah tanah
  • Letupan
  • Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya
  • Perlanggaran oleh kenderaan
  • Pecahan atau limpahan tangki air domestik, peralatan atau paip-paip tidak termasuk:-
    • RM50.00 pertama bagi setiap tuntutan
    • Kerosakan semasa rumah kediaman ditinggalkan tanpa perabot dan peralatan
    • Kerosakan pada tangki dan peralatan yang pecah
  • Kecurian tetapi hendaklah beserta dengan kesan yang jelas semasa cuba masuk atau keluar dari bangunan tersebut. (Sekiranya rumah kediaman itu ditinggalkan tanpa penghuni melebihi 90 hari maka perlindungan ini akan terhenti serta merta di hari-hari yang melebihi 90 hari tanpa penghuni tersebut melainkan telah dipersetujui oleh syarikat)
  • Badai, siklon, taufan, ribut tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil
  • Gempabumi atau letupan gunung berapi tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil
  • Banjir, tidak termasuk kerugian disebabkan kerosakan akibat gelinciran atau tanah runtuh tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil

JENIS PERLINDUNGAN

Seksyen I

Kerosakan kepada bangunan

Memberi perlindungan kepada peserta akibat daripada kerosakan yang berlaku akibat daripada risiko yang dilindungi.

Seksyen II
Kehilangan & kerosakan kepada barang-barang

Memberi perlindungan atas kerosakan dan kehilangan barang-barang isi rumah yang dilindungi akibat daripada kejadian yang dilindungi.

Barang-barang isi rumah yang dilindungi adalah termasuk barang-barang persendirian (melainkan yang disebut tidak dilindungi di dalam sijil) kepunyaan peserta dan juga keluarga peserta yang tinggal bersamanya.

Seksyen III A
Kehilangan Sewaan

Memberi perlindungan gantirugi kepada peserta diatas sewa yang kena bayar ketika menduduki premis lain semasa premis/rumah kediaman yang dilindungi sedang dibaiki akibat daripada peril yang dilindungi.Liabiliti syarikat adalah tertakluk kepada maksima 10% daripada jumlah perlindungan.

Seksyen III B
Liabiliti kepada awam

Perlindungan ini juga akan membayar segala tuntutan dimana peserta adalah dipertanggung jawabkan untuk membayar oleh mahkamah akibat daripada kemalangan yang berlaku semasa tarikh perlindungan dan dipremis yang dilindungi:-

  • Kecerderaan yang dialami oleh orang awam yang bukan ahli keluarga dan juga pekerja peserta
  • kerosakan kepada harta benda atau barang persendirian orang awam yang bukan dimiliki dan tanggungan peserta, keluarga peserta dan juga pekerja peserta.
  • Jumlah bayaran pula adalah tidak melebihi had yang telah ditetapkan didalam sijil perlindungan untuk sesuatu kemalangan atau siri kemalangan.
 

 
 
 

Copyright @ smart2u.com, All Rights Reserved
Designed by : smart2uteam | Bersama Membina Kejayaan